Lina yg sudah lebam di mata kanan dan berdarah hidung sedang ditarik rambut dgn keadaan terlentang dilantai oleh Azhar. Hanya air mata memberi jawapan pada Azhar. Azhar menolak kepala Lina dan beredar dari situ setelah menghumban pinggan berisi telur masak kicap itu ke tubuh Lina. Lina yg x berdaya bangun hanya menangis membiarkan tubuhnya yg td ditendang terajang berehat seketika. Semuanya hanya kerana dia x sempat beli dan masak lauk lain yg lebih sedap.
Lina x berdaya nak bangun, tp cuba gagahkn diri dengan linangan air mata dan sisa tenaga yg ada. Lina teringat janji Azhar di awal perkahwinan dulu. Azhar berjanji akan menatang dia bagaikn minyak yg penuh. Azhar berjanji akn menjadi suami yg baik dan ayah yg penyayang. Azhar juga berjanji akn mengubah sikap panas barannya itu sebaik mereka sah diijabkabul. Tetapi nyata janji Azhar hanya 3 bulan pertama perkahwinan mereka saja. Selepas itu, apa yg Lina bt, ada saja yg x kena. Masak lambat sikit, hadiahnya penampar. Tak hulur wang yg ingin dipinjam, penendang jadi bingkisan istimewa.
Itu belum lagi Azhar membawa mslh dr pejabatnya. Tak semena-mena Lina dan Aidil yg baru berumur 5 thn itu mendapat makan malam berupa tumbukan dan tamparan dr Azhar yg bagai org gila isin. Aakalanya Lina dan Aidil lgsg x bt silap tetapi Azhar sengaja cari salah mereka dan melepaskan marahnya sepuas hati melepang, menumbuk dan sepak terajang. Jika menjawab, makin teruk Lina dibelasah. Dan selepas itu, Azhar akn kembali dgn menangis mcm nak mati meminta ampun dan berjanji akn berubah. Dan hati wanita yg diumpamakn seperti kerak nasi pun akn kembali lembik dan cair. Percaya segala janji lelaki yg dicintainya dan beri peluang yg entah ke berapa kali itu.
Tak faham knp ada segelintir lelaki yg bersiat ganas x bertempat begini. Sedangkn wanita itulah tmpt lelaki bermanja. Kalau tdk kpd isteri, pada ibu atau pada anak perempuan bkn? Tapi knp masih ada yg ringan tangan melepaskn kekuatan pada insan lemah begini? Antara alasan paling popular mereka ialah sbb perempuan ni suka menjawab, suka mencabar... tu pasal kena pukul. Ek elehhh... sakit sgt kah klu perempuan ni suka menjawab? Klu perempuan menjawab ats kelemahan lelaki itu, knp pula penampar yg dibalas? Knp x terima saja kelemahan itu jika benar? Ego? Tak tercuit pun ego anda jika mengakui kesilapan diri sendiri. Malah anda akn makin disayangi dan didorong oleh isteri atau ibu anda.
Sudah x ada cara lainkah utk memberi pengajaran? Klu sesekali, x mengapalah. Tp klu setiap hari nasi berlauk penampar dan berulam sepak terajang sudah menjadi tabiat dan sesuatu yg menjadi ketagihan wlupn tanpa sbb yg kukuh, itu sudah kes berat bro. Anda mungkin blh dikategorikn dlm golongan sakit mental, kecelaruan jiwa atau, kurang waras. Btl ke? Cehhh sy x percaya itu semua. Klu seseorg lelaki itu mempunyai iman yg kuat, segala sakit mental, celaru jiwa itu semua bisa ditepis dgn mudah. Klu lelaki itu berakal, dia takkn menyakiti wanita. Dan klu dia ada iman, mesti dia tahu menyakiti kaum wanita adalah 1 dosa.
Tak perlulah bg alasn sbb psikologilah, prnh dipukul masa kecil lah, prnh dideralah, dgr bisikn lah dan seribu alasan. Semuanya hipokrit. Semuanya krn nafsu, krn berasa kuat, berasa gagah, berasa seronok dan 'kita enjooyyy' bila melakukannya. Klu benar anda kuat, silalah ke Palestin dan beradulah kekuatn dgn Yahudi yg menindas org Islam di sana. Ada beran???
INGATLAH, ADAM DICIPTA UNTUK MELINDUNGI HAWA
Ayah pukul mak. Ayah pukul anak perempuan. Suami pukul isteri. Boyfriend pukul girlfriend. Semua menunjukkn kegagahn lelaki, ke'macho'an lelaki. Tp sesuaikah digunakn istilah 'GAGAH' atau 'MACHO' itu dlm situasi begini?
Pleaselah...
Pukul perempuan bererti lelaki itu ZALIM dan sekiranya pukul itu menyebabkn kecederaan atau lebam, hukumnya adlh HARAM. Pukul yg dibenarkn ialah jika si isteri itu nusyuz. Itupun pukul bersyarat dan pilihan terakhir slps berusaha utk kembalikn kebahagiaan rumah tangga masih gagal dan pukul pula jika ia blh berubah.
Hey! Si gadis yg manis! Klu anda sdg bercinta dgn lelaki panas baran dan suka membelasah begini, tolonglah putuskn hubungan secepat yg mungkin. Sayangilah tubuh dan diri anda. Apa? Dia janji nak berubah? Sorrylah beb! Anda kena kelentong hidup2 lah klu percaya apa yg dikatakn itu. Tak fhm btl masih ada perempuan yg nak kahwin dgn kekasih hati yg dah berulang-kali membelasahnya. Itu belum kahwin lg, klu dah kahwin,emm bersedialah utk jadi punching bag bakal suami mithali anda itu ok! Cinta? Eii pleaselah... klu btl dia cintakn anda, jentik pun dia x sanggup ok. Ya, cinta itu buta dan blh membutakn. Hello, jgn salahkn cinta okay! Jika anda beriman, anda tahu mana 1 cinta suci, mana 1 cinta nafsu. Lu fikirlah sendiri beb! Mahu dilayan seperti seorg puteri atau seorg hamba abdi stlh sah bertukar status sbgi seorg isteri?
Kpd lelaki kaki pukul, setiap kali itulah kekuatan dan keberanian anda akn ditarik. Rasulullah SAW tlh bersabda bhw, "Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling baik terhadap isterinya." So jadilah lelaki penyayang dan bertanggungjawab. Binalah ummah dengan ke'macho'an yang sebenar seorang lelaki soleh, bukan lelaki pengecut!
